Catatan Perjalanan Seorang Tua

Perjalanan seorang tua

Setelah beberapa tahun bekerja dengan sebuah syarikat yang tersenarai di dalam bursa saham kuala lumpur dan namun tetap makan gaji, orang tua ini berhenti kerja dan bekerja dengan syarikat yang lagi kecil. Dengan niat untuk mencari duit makan orang tua ini memulakan perjalanan untuk melakukan yang terbaik dengan harapan agar mendapat duit yang banyak.

Duit yang banyak datang bersama dengan pelbagai komitmen. Hutang yang perlu dijelaskan, perbelanjaan anak-anak dan rumah, minyak dan segala perbelanjaan lain menghimpit kehidupan .

Sesuatu perlu dilakukan. Tapi apa ya? Kenapa masih tidak kaya-raya? Kenapa masih hanya cukup-cukup makan? Adakah duit yang diperoleh tidak berkat? pelbagai persoalan bermain di minda.

Bagaikan kilat yang menyambar, apabila mendapat emel menyatakan elaun telah ditarik balik, maka tersentak-lah orang tua itu. Elaun ditarik balik bermakna berkuranglah sumber pendapatan. Sekarang ni sahaja bekerja lebih dari 8 jam, dan pendapatan semakin kurang. Lagi sayu dan menyedihkan, tiada cakap-cakap tentang bonus atau pun kenaikan gaji.

Apa yang akan dilakukan oleh orang tua itu?

Adakah orang tua itu akan membuat part time job untuk menggantikan sumber pendapatan yang berkurangan?

Atau adakah orang tua itu akan mencari kerja lain?